Header Ads

test

SASTERA DAN SENI BERPERANAN BENTUK KEPERIBADIAN DIRI


SASTERA DAN SENI BERPERANAN BENTUK KEPERIBADIAN DIRI ALOR SETAR - Sastera dan seni memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian dan jati diri seseorang individu seawal usia kanak-kanak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata, melalui sastera dan seni juga dapat melahirkan individu yang bukan sahaja bijak dari segi akademik tetapi juga kreatif, sensitif dan penuh dengan empati. "Anak-anak adalah pewaris budaya ini, dan melalui festival seperti ini, kita dapat memperkukuhkan rasa cinta dan bangga mereka terhadap warisan sastera dan seni kita. "Saya menyeru agar kita semua terus memberikan galakan kepada anak-anak untuk berkarya dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat memperkaya minda dan jiwa mereka. Beliau berkata demikian Sempena Festival Sastera Dan Seni Kanak-Kanak Kedah bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di sini, hari ini. Menurutnya, festival ini merupakan platform yang amat penting dalam mengembangkan bakat dan minat kanak-kanak dalam bidang sastera dan seni. Tambah beliau lagi, festival ini juga sebagai bukti nyata bahawa kerajaan negeri cakna mengenai pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar. "Kedah, sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan tradisi, amat bertuah kerana mempunyai warisan sastera dan seni yang begitu berharga," ujarnya. Beliau berharap festival ini akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha berterusan dalam memperkasakan sastera dan seni dalam kalangan kanak-kanak di negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/8/2024, 2:32:48 PM 

Tiada ulasan