Header Ads

test

SP HALF MARATHON KE-13 SASAR 5000 PENYERTAAN






SUNGAI PETANI - Penganjur SP Half Marathon Ke-13 mensasarkan 5000 orang penyertaan bagi tahun 2024 berbanding penyertaan tahun lepas iaitu 3000 orang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, program tahunan yang diadakan ini telah memasuki edisi ke 13 dimana ia diadakan pada setiap tahun. 

“Program ini merupakan anjuran Ashku Gow Event Managent dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah bersama agensi-agensi Kerajaan negeri dan Persekutuan antaranya Pejabat Daerah Kuala Muda, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kerjaraya (JKR), Persatuan Amatur Olahraga Negeri Kedah, Rela.”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran SP Half Marathon Ke-13 bertempat di Hotel Park Evenue  Sungai Petani pagi ini.

Katanya, penganjuran kejohanan ini dapat membantu sektor pelancongan tempatan serta menjana pendapatan penduduk setempat.

Hal ini kerana para peserta berkemungkinan besar datang berkunjung bersama keluarga dan berbelanja untuk penginapan, membeli belah, makan dan minum serta melawat temapat-tempat menarik di Sungai Petani yang mempunyai banyak sejarah terutamanya di kawasan Merbok.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan melaksanakan Tahun Melawat Kedah 2025 dan diharap penganjuran acara dengan penyertaan yang besar seperti ini dapat membantu mempromosikan pelaksanaan (TMK 2025) kepada masyarakat umum. 

Jelasnya, Kejohanan seperti ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi setiap perlawanan, namun perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini dapat memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid serta peserta bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rabi dan pengorbanan.

“Kegiatan sukan menjadi salah satu benteng yang menjadi penghalang kepada golongan belia daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat. 

“Kita harus sedar bahawa memalui kegiatan sukan, kita mampu membangunkan modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama menjadi peneraju negara pada masa hadapan,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan