Header Ads

test

📌 ::: TAWARAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (BAKIPT) SESI 2 BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA :::


📌 ::: TAWARAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (BAKIPT) SESI 2 BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA ::: 📝 Syarat Permohonan: 1. Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT) 2. Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah sehingga RM10,970.00 (tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan). 3. Permohonan dibuka bagi peringkat: a) STPM b) STAM c) Sijil Politeknik d) Sijil Kolej Komuniti e) Sijil Matrikulasi f) ASASI g) Diploma h) Ijazah Sarjana Muda 4. Pengajian mestilah secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. 5. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) 6. Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan RESIT BAYARAN / SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK SEKOLAH / IPT. 7. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza. 8. Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon : a) Pelajar PASCA-SISWAZAH b) Pelajar SEPARUH MASA c) Pelajar LUAR KAMPUS d) Pelajar di INSTITUT PERGURUAN (IPG) e) Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) f) Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti 👉 Kadar Bantuan: RM300.00 (oneoff) 👉 Kaedah Permohonan: Secara dalam talian (Online) melalui pautan 🔗 https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt 👉 Tarikh Permohonan : (Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 - November 2024) 📆 1 Julai 2024 - 31 Oktober 2024 ➡️ Info Lanjut: 📞 Hotline : 04-7027297 / 04 -7027291 📧 E-mel : sppnk@kedah.gov.my 📍 Unit Penajaan (BAKIPT) Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar Kedah Peringatan ‼️ Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN (ONLINE) sahaja. Sumber : Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #KedahSejahtera #TheGreaterKedah -UPDA 7/18/2024, 12:21:02 PM 

Tiada ulasan