ADUN Tokai, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman hadir menyantuni seorang penduduk, Puan Zaitun di Kampung Manggol Pauh Dalam.
Puan Zaiton seorang OKU fizikal. Setiap hari beliau perlu berulang-alik ke tempat kerja menggunakan basikal.
Basikal lama beliau rosak dan memerlukan kos baik pulih yang tinggi daripada kemampuan kewangannya.
Dato’ Hayati menyampaikan sumbangan bakul makanan dan basikal bagi memudahkan pergerakkan Puan Zaiton seharian.
Semoga sumbangan yang diberikan ini meringankan beban Puan Zaiton.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment