46 MAHASISWA DUN KUBANG ROTAN TERIMA SUMBANGAN IBAKIPT
KUALA KEDAH – Seramai 46 mahasiswa DUN Kubang Rotan menerima bantuan awal kemasukan (iBAKIPT) ke Institusi Pengajian Tinggi daripada Kerajaan Negeri Kedah.
Bantuan ini disampaikan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan, semalam.
“Kerajaan Negeri Kedah merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
“Dengan sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam persediaan bagi memasuki alam universiti nanti,” ujarnya.
Beliau mengharapkan para mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh, apabila berjaya kelak pulang berkhidmat di negeri Kedah.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment