54 WARIS DUN MERBAU PULAS TERIMA SUMBANGAN IKAFALAH
KULIM - Seramai 54 waris di DUN Merbau Pulas menerima sumbangan Khairat Kematian (iKafalah) daripada Kerajaan Negeri Kedah di Masjid Labu Besar, semalam.
ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, pemberian ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang kehilangan orang tersayang.
“Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan dan sokongan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas bantuan yang diberikan dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” ujarnya.
Katanya lagi, semua penduduk tidak kira agama, bangsa dan parti politik boleh memohon bantuan ini.
“Boleh hadir ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat untuk membuat permohonan. Insha Allah pihak saya akan memberikan kerjasama yang baik,” katanya lagi.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment