PERANAN MEDIATOR KOMUNITI LEBIH MENCABAR DENGAN PERTAMBAHAN PENDUDUK
GURUN – Seramai 20 Mediator Komuniti telah hadir ke Program Pemukiman Mediator Komuniti Negeri Kedah yang diadakan di The Jerai Hill Resort, di sini, hari ini.
Program yang berlangsung selama dua hari tu bertujuan memperkukuh peranan Mediator Komuniti sebagai pendamai masyarakat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad kadar peratusan pertumbuhan penduduk di Kedah meningkat 1.3 peratus dari tahun lepas.
“Angka ini menggambarkan bahawa pertambahan penduduk akan setiasa berlaku. Perubahan peringkat usia akan mengubah pola kehidupan dalam masyarakat.
“Bak kata pepatah banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamnya. Dari sini kita boleh nampak bahawa peranan Mediator Komuniti semakin hari semakin mencabar, semakin hari semakin diperlukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian penutup Program Pemukiman Mediator Komuniti Negeri Kedah yang diadakan di The Jerai Hill Resort, hari ini.
Beliau mengharapkan agar program ini menjadi penyuntik semangat kepada semua Mediator Komuniti Negeri Kedah untuk menjalankan tugas masing-masing.
Hadir sama, Pengarah Perpaduan Negeri Kedah, Haji Ahmad Puat Haji Junus.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment