Header Ads

test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN SIFAR UJRAH SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024 SPPNK mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Pembiayaan Pendidikan SPPNK Sesi Pengajian 2024/2025. Syarat Permohonan Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta Warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin serta menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama secara Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta pemohon telah membuat pengesahan pengajian. Terbuka untuk pelajar kemasukan baharu Semester 1 dan Semester 2 Tahun Pertama Sesi Pengajian Tahun 2024/2025 sahaja. Ibu / Bapa / Penjaga tidak disenarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana Agensi. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) / Ijazah Sarjana (Master) / PhD adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. Pelajar Institut Pendidikan Guru / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. Kadar Pembiayaan Sijil: RM2,500.00 setahun Diploma: RM4,500.00 setahun Diploma (UniSHAMS): RM12,000.00 setahun Ijazah Sarjana Muda (IPTA/IPTS lain): RM6,500.00 setahun Ijazah Sarjana Muda (UniSHAMS): RM14,000.00 setahun Kaedah Permohonan Secara dalam talian melalui pautan: https://sppnk.kedah.gov.my/ipinjam Tarikh Permohonan 11 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 15 September 2024 (Ahad) Info Lanjut Hotline: 04 702 7296 | 04-702 7291 E-mel: sppnk@kedah.gov.my Unit Penajaan SPPNK Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman Alor Setar, Kedah Darul Aman. Peringatan Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem iPINJAM SPPNK sahaja. Tarikh semakan keputusan permohonan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui laman web https://sppnk.kedah.gov.my Terima kasih dan selamat maju jaya. Sumber : Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah -UPDA 8/11/2024, 7:30:45 PM 

Tiada ulasan