Header Ads

test

PROGRAM BAKTI SISWA BANGUNKAN KEMAHIRAN ANAK MUDA


PROGRAM BAKTI SISWA BANGUNKAN KEMAHIRAN ANAK MUDA ALOR SETAR – Program Bakti Siswa Perdana 2024 melibatkan 12 daerah dan 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipilih sebagai kampung angkat. Program itu disertai oleh mahasiswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula hari ini sehingga 17 Ogos 2024. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, program berkenaan bertujuan memanfaatkan tenaga muda untuk pembangunan komuniti kampung dan kemahiran kendiri. Katanya, mahasiswa perlu bersedia menyesuaikan diri dalam komuniti kampung demi menjadi inspirasi kepada anak-anak kampung. "Fokus utama adalah para mahasiswa perlu melihat pendidikan anak-anak negeri Kedah dengan berikan inspirasi kepada anak-anak kampung di luar sana. Berikan mereka semangat untuk belajar bersungguh-sungguh seperti kalian. "Selepas pulang ke universiti berikan khabar buat mereka agar ada kesinambungan dan sesungguhnya kalian semua tidak lupa jasa mereka ketika di dalam program ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan Majlis Pelancaran Program Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2024 di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, para mahasiswa juga perlu menitik berat aspek kemasyarakat dan pembangunan ekonomi kampung. "Kalian semua penuh dengan tenaga, idea yang hebat. Kalian perlu gerakkan pasukan turun untuk bersihkan desa-desa, lorong-lorong yang penuh dengan semak samun. Lakukan dengan seikhlas hati dan berikan kenangan terbaik untuk orang kampung daripada kita. "Kita harapkan kampung-kampung yang kita pilih ini berusaha untuk sama-sama memberi ruang kepada kalian semua untuk menikmati dan merasi pengalaman yang luar biasa," tambah beliau lagi. Beliau juga menasihati para mahasiswa untuk membawa akhlak dan contoh yang baik kerana mereka semua adalah cerminan sikap orang Kedah yang sebenar. Beliau juga turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan penaja dari PKNK, KTPC, Niachias FGS dan NT Rubber Seals yang membantu menjayakan program ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/11/2024, 6:24:14 PM 

Tiada ulasan