Sempena Bulan Kemerdekaan tahun ini, ADUN Jitra, YB Dr Haim Hilman Abdullah menyerahkan bendera Kedah dan Malaysia kepada Komuniti DUN Jitra.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DUN Jitra yang memberikan komitmen pada majlis ini.
Sama-sama kita menghidupkan kempen Jalur Gemilang. Kempen ini juga mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai keamanan dan kestabilan yang telah kita kecapi selama ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#ExperienceKedah#TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment