Header Ads

test

EXCO PELANCONGAN ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA ASSOCIATION OF THE INDONESIA TOUR AND TRAVEL AGENCIES (ASITA)






Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan pertemuan serta perbincangan bersama Presiden Association Of The Indonesia Tour and Travel Agencies (ASITA), Dr. N. Rusmiati, di Jakarta, Indonesia, semalam. 

Katanya, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan hubungan kerjasama dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. 

Dalam pertemuan tersebut, ASITA yang mempunyai 7000 ahli agensi pelancongan dari seluruh Indonesia bersetuju membantu mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025. 

Beliau mengharapkan Tahun Melawat Kedah 2025 ini mendapat sambutan ramai daripada pelancong. 

Hadir sama, Pengurus Besar Kedah Tourism (Promosi), Roslan Othman.  

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan