Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menghadiri perbincangan meja bulat di Hotel Alamis, Kuala Lumpur, semalam. 

Katanya, perbincangan ini melibatkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kedah dan Setiausaha Kehormat PEMADAM Kebangsaan, Juriah Abu Bakar. 

Objektif utama adalah membincangkan tentang strategi dan usaha terkini PEMADAM dalam memerangi penyalah gunaan dadah di kalangan masyarakat termasuk inisiatif pencegahan dan pendidikan.  

Menurut Dr. Muaz Sayuti daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) isu penyalah gunaan vape di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan. 

Beliau berkata, trend penggunaan vape ini memerlukan langkah-langkah yang efisyen untuk tangani masalah ini. 

Perbincangan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan pelan tindakan bersama yang boleh diambil untuk mengatasi masalah penyalahgunaan vape dan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar dan komuniti. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan