FOKUS KEPADA KEPENTINGAN MASYARAKAT - MB KEDAH
ALOR SETAR - Penghulu Negeri Kedah perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepentingan dan keperluan masyarakat tanpa mengira perbezaan politik.
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, penghulu memainkan peranan penting sebagai perantara antara masyarakat dan kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Penghulu/Penggawa Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.
Sanusi turut menyeru para penghulu untuk terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan telus bagi memastikan segala keperluan masyarakat dapat dipenuhi dengan baik.
“Laksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh dan utamakan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menyokong institusi berkenaan selagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
“Laksanakan perihal penghulu mengikut perkhidmatan Government of the Day, bukan atas dasar yang lain.
“Laksanakan amanah dengan telus dan bersungguh-sungguh. Kelak pasti kita pencen dengan penuh kepuasan di hati, " kata beliau.
Post a Comment