Header Ads

test

SG4: ANGKAT EKONOMI RAKYAT


ALOR SETAR – Usaha memperkukuhkan ekonomi rakyat yang melibatkan empat negeri 'State Goverment 4' (SG4) iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu terus mendapat perhatian.
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah, YB Dr. Haim Hilman Abdullah berkata kepentingan sinergi empat negeri itu dapat memberi manfaat dari segi pembangunan infrastruktur, logistik, perdagangan, pelaburan dan perniagaan.
"SG4 adalah satu gagasan kepimpinan kita yang ingin melihat 4 buah negeri ini diangkat dari pelbagai aspek. Kita akan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan infrastruktur dan logistik, yang boleh membawa kita ke tahap lebih tinggi.
"Dengan kerjasama erat, hasil pertanian dapat ditingkatkan dan daya saing kita sebagai pengeluar makanan negara juga boleh dipertingkatkan," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman.
Beliau turut menjelaskan bahawa tumpuan akan diberikan kepada pembangunan sumber baharu serta memperkasa pendidikan dan modal insan di kalangan generasi muda.
Beliau yakin bahawa melalui kerjasama strategik negeri-negeri terbabit mampu melahirkan bakat baharu yang boleh menjadi aset penting kepada negara.
Sidang Kemuncak SG4 yang akan diadakan pada 2 September nanti dijangka dapat memacu kerjasama lebih erat antara keempat-empat negeri dan melakar masa depan ekonomi yang lebih kukuh untuk rakyat.

Tiada ulasan