Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah menerima kunjungan hormat daripada President of Boeing SE Asia, Ms. Penny Burtt di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik usaha Boeing untuk mengembangkan perniagaan di negeri Kedah seterusnyq dapat menjalinkan hubungan baik antara Boeing dengan kerajaan negeri.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Kedah merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan ini dan akan membantu sepenuhnya usaha-usaha Boeing di negeri ini.

Delegasi Boeing SE Asia turut dihadiri oleh Sr. Comms Manager - SE Asia, Ms. Swetha Mahesh, Regional Strategy Director SE Asia, Ms. Jeannie Ng dan Boeing Global Engagement focal SE Asia, Ms. Halina Ibrahim.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagia Perancang Ekonomi Negeri, Arif Hani, YDP Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Zaidy, Pengurusan Kanan Bahagian Industri PKNK, Azwan Abdul Wahab, COO Invest Kedah, Noor Ikhsan dan beberapa pegawai kerajaan yang lain.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan