Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyertai Program Gotong Royong Perdana di Kawasan Perindustrian PKNK Bukit Kayu Hitam bersama agensi kerajaan, pihak swasta dan penduduk kampung.  

Melihat kepada persekitaran yang dipenuhi sampah, beliau meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan kepada pemandu lori atau kenderaan yang singgah di tepi jalan yang sesuka hati membuang sampah.  

Hal ini juga boleh menyebabkan pencemaran dan jika tidak dibendung akan menyebabkan kemalangan terhadap pemandu yang lain. 

Beliau mengharap agar semua pemandu untuk menjaga kebersihan kerana ia adalah tanggungjawab bersama. 

Hadir sama, Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail.  

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah

Tiada ulasan