Header Ads

test







 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia (KPKM) di Bilik Gerakan SUK Wisma Darul Aman.

Sesi pembentangan mengenai KPKM diadakan bagi memahami program KPKM yang telah dilancarkan  pada 15 Julai sehingga 31 Disember 2024 di seluruh Malaysia dan negeri Kedah amnya.

Bagi kajian 2024 LPPKN akan memilih secara rawak 37,550 tempat kediaman di seluruh Malaysia dan sebanyak 2,500 tempat kediaman di negeri Kedah.

Terdapat lima kategori responden (ahli isi rumah) yang akan ditemubual:

1.Wanita pernah berkahwin berumur antara 25 hingga 59 tahun.

2.lelaki pernah berkahwin berumur 15 hingga 59 tahun

3.Remaja belum pernah berkahwin berumur 13 hingga 24 tahun.

4.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan

5.Bujang berumur 25 hingga 59 tahun.

Semoga segala perancangan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk negeri Kedah. 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan