Kami telah bersedia," itulah laungan yang telah dilaungkan oleh atlet Kedah yang bakal beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din berkesempatan hadir mengikuti latihan para atlet Kedah bagi acara silat, wushu sanda, petanque dan ragbi.
Latihan pusat ini diadakan sebagai persediaan sebelum atlet berlepas ke Sarawak sempena SUKMA Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment