Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria berkesempatan turun melawat Hospital Pendang.
Hospital Pendang ini baru beroperasi pada 15 Februari 2023 dengan 11 bidang kepakaran seperti Kecemasan, Orthopedik, Perubatan Am, Anestesiologi, Pembedahanan Am, Radiologi, Obstetrik dan Ginekologi, Patologi, Paediatrik dan Psikiatri.
Alhamdulillah, dengan pembinaan hospital ini memudahkan penduduk Pendang khususnya tidak lagi perlu ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment