Header Ads

test



 PERTEMUAN ANTARA PEMAJU DAN PEMBELI BAGI SELESAIKAN ISU RUMAH TERBENGKALAI 

KULIM – Satu perjumpaan bulanan antara pembeli dan pemaju diadakan untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di Taman Sena, baru-baru ini. 

ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, perjumpaan ini bertujuan untuk mencari penyelesaian berkesan bagi isu yang dihadapi oleh pembeli. 

Dalam sesi tersebut, pemaju membentangkan kemajuan terkini dan pelan tindakan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.  

Pembeli turut diberikan peluang untuk menyuarakan kebimbangan dan maklum balas mereka.   

Menurut Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas, Sazali Sudin menyatakan komitmen beliau dalam memastikan semua isu ini diselesaikan dengan segera dan berkesan. 

“Oleh sebab itu, kita adalah pertemuan ini untuk mencari langkah positif ke arah memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terlindung serta memastikan projek-projek perumahan di kawasan tersebut siap dan boleh didiami seperti yang dijanjikan,” ujarnya. 

Ahli Majlis Perbandaran Kulim, Zarina Abdullah menekankan kepentingan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, pemaju dan pembeli untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan. 

Beliau juga mengharapkan permasalahan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik demi menunaikan hak yang sepatutnya kepada pembeli.  

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan