KONVOI KEMBARA JIWA MERDEKA SEMARAKKAN PATRIOTISME
KONVOI KEMBARA JIWA MERDEKA SEMARAKKAN PATRIOTISME ALOR SETAR – Konvoi Kembara Jiwa Merdeka sempena Hari Kebangsaan ke-67 menyaksikan penyertaan lebih 50 buah kenderaan. Menurut Pengerusi Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd.Samat, kempen berkenaan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat Kedah. "Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan rasa taat setia dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta," katanya. Konvoi Kembara Jiwa Merdeka jelas beliau disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi negeri akan menjelajah kesemua 12 daerah di Kedah. "Adalah menjadi harapan saya agar program kempen Jalur Gemilang ini dapat direalisasikan dengan jayanya dengan penuh berhemah dan beradab dengan menerapkan semangat Jiwa Merdeka di mana pemimpin dan rakyat di negeri ini saling berganding bahu memastikan semangat patriotisme terus dipelihara agar negara kekal harmoni dan aman makmur. "Melalui semangat patriotisme inilah membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan negeri dengan teratur," ujar Mohd Azam. Kempen itu juga melibatkan penyerahan Jalur Gemilang secara simbolik oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan Persekutuan yang hadir. Penyerahan berkenaan menandakan bermulanya kempen mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negeri Kedah. Aktiviti tersebut bertujuan memeriahkan lagi kempen kibar Jalur Gemilang dan menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat. Tambah beliau, kerjasama seluruh lapisan masyarakat diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menghormati dan menghargai Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/1/2024, 6:10:39 PM
Post a Comment