Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐢𝐩 𝐃𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚𝐤 Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang melaksanakan sebuah projek pemasangan paip baharu di Kampung Hutan Terabak, Mukim Gelong, Jitra. Kerja-kerja pemasangan paip yang dilakukan secara dalaman ini telah bermula pada bulan Julai 2024 dan dijangka siap pada pertengahan bulan Ogos 2024. Melalui projek ini, sebanyak 40 akaun pengguna yang sebelum ini menghadapi masalah tekanan air rendah akan menerima manfaat. Paip baharu ini merupakan jenis High Density Polyethylene (HDPE) bersaiz 125 milimeter (diameter) dan melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 700 meter. SADA terus komited dalam membekalkan air terawat yang mencukupi dan berkualiti kepada para pengguna dan berharap misi SADA untuk mengurangkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di Negeri Kedah dapat dicapai melalui projek-projek seperti ini. #SyarikatAirDarulAman #SADA -UPDA 8/1/2024, 7:30:39 PM 

Tiada ulasan