Header Ads

test

MAHASISWA PERLU TURUN KE KAMPUNG RASAI REALITI KEHIDUPAN GOLONGAN SASAR


MAHASISWA PERLU TURUN KE KAMPUNG RASAI REALITI KEHIDUPAN GOLONGAN SASAR JITRA - Mahasiswa hari ini perlu diberi peluang turun ke lapangan untuk santuni dan rasai realiti bagaimana kehidupan orang kampung. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, mahasiswa perlu ada rasa kasih dan sayang terhadap orang miskin supaya apabila berjaya kelak golongan itu tidak dilupakan. "Dekatkanlah diri kalian sehampir mungkin dengan kehidupan sebenar bangsa kita agar kalian bangkit memperjuangkan suatu hari nanti sehingga membolehkan bangsa dan agama kita dipandang tinggi dan di hormati oleh semua. "Kita adakan program ini supaya dapat melahirkan insan-insan yang ketika mana dia berada di puncak sana dia tak pernah melupakan akar umbinya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutupan Bakti Siswa Perdana DUN Jitra yang berlangsung di Kampung Tanah Merah, di sini, hari ini. Katanya lagi, fokus utama program ini adalah untuk menerapkan kepentingan pendidikan kepada anak-anak kampung. "Saya ingatkan kepada ibu ayah sekalian, walaupun kita susah dan tidak punya wang yang cukup tetapi usahakanlah untuk anak-anak kampung kita terus belajar sehingga ke universiti. "Kemiskinan yang ibu ayah hadapi ketika ini bukanlan untuk diwarisi kepada anak-anak. Ingatkan hanya dengan pendidikan sahaja mampu mengeluarkan kita daripada kemiskinan," jelas beliau lagi. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua para mahasiswa yang telah menjadi sebahagian cerita kebangkitan negeri Kedah. "Saya yakin dan percaya para mahasiswa sekalian bakal menjadi harapan bangsa dan negara suatu hari nanti. "Apabila sudah berjaya jangan lupa golongan miskin kerana kalian pernah dilatih oleh negeri dan pemimpinya untuk sentiasa ingat akan asal usul kita. Kalianlah harapan itu," tambah beliau lagi. Beliau juga mengharapkan para mahasiswa terus berhubung dengan keluarga angkat dan jawatankuasa kampung agar dapat memberi bantuan kepada mereka. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/17/2024, 4:06:06 PM 

Tiada ulasan