Header Ads

test

MALANG TIDAK BERBAU, SURI RUMAH NYARIS MAUT RUMAH DIHEMPAP TRELER


MALANG TIDAK BERBAU, SURI RUMAH NYARIS MAUT RUMAH DIHEMPAP TRELER BUKIT KAYU HITAM – Malang tidak berbau. Itulah nasib seorang suri rumah yang nyaris maut apabila rumahnya dirempuh sebuah treler kontena di Taman Desa Bayan Emas, semalam. Shafiqa Shafie, 37, berkata dia bersyukur sempat berlari keluar dalam kejadian jam 2 petang itu. Beliau memaklum ketika kejadian beliau sedang berbaring di dalam bilik sebelum mendengar bunyi lori yang tidak boleh brek. Ketika kejadian, Shafiqa tinggal bersendirian sementara suaminya, Mohd Shahrul Md Wazir, 35, yang juga pemandu lori ketika itu keluar bekerja. Beliau turut melaporkan kenderaan Produa Axia dan motosikal Benelli miliknya rosak dihempap bumbung rumah. Difahamkan, pemandu treler tersebut merupakan seorang warga Thailand dan telah ditahan untuk tindakan selanjutnya. Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad hadir menziarahi Syafiqa di kediamannya. Dato' Halimaton menzahirkan rasa simpati di atas kejadian yang berlaku dan mendoakan agar Syafiqa tabah menghadapi ujian. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/20/2024, 10:57:44 AM 

Tiada ulasan