Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kulim, Ustaz Mohammad Iskandar Shah Ibrahim menziarahi pesakit kanser dan pesakit diabetis di Taman Kenari, baru-baru ini.
Beliau yang mewakili ADUN Kulim, YB Wong Chia Zhen bertanyakan khabar dan perkembangan kesihatan kedua-dua pesakit tersebut.
Beliau juga menyampaikan sumbangan daripada PKWR DUN Kulim dan mendoakan supaya Allah mengangkat segala kesakitan dan ujian yang dialami oleh pesakit.
Turut hadir, Sukarelawan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Kenari.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment