Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Timbalan Pengerusi JKKAS, di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya. Kerajaan menegaskan komitmennya untuk meningkatkan kualiti air sungai dengan kerjasama kerajaan negeri. Dalam mesyuarat ini, Jawatankuasa Khas bersetuju untuk memastikan langkah-langkah dan strategi pengurusan pelaksanaan bagi meningkatkan kualiti air sungai diselaraskan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Aminuddin Harun; Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim serta wakil-wakil dari kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/5/2024, 10:08:47 AM 

Tiada ulasan