Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Kemajuan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang mencapai 39.02 peratus mendahului 3.36 peratus bersamaan 45 hari lebih awal berbanding jadual sebenar. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria memaklumkan demikian ketika meninjau LRA Pelubang. Jelas beliau, LRA Pelubang akan meningkatkan kapasiti air dari 227MLd kepada 454MLd yang akan membekalkan air kepada sebahagian Kota Setar, Kuala Kedah, Kubang Pasu, Sintok dan sebagainya. "Ini antara projek yang memuaskan kerana prestasi sangat baik dan kontraktor melakukan kerja habis-habisan," ujarnya. Tambah beliau, projek ini memperuntukan kos sebanyak RM431,000,000 dan kos perbelanjaan yang telah digunakan adalah RM129,810,500. Menurut beliau, LRA Pelubang diberikan 'Extension Of Time' (EOT) sehingga hujung 21 Disember 2025. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/5/2024, 6:10:25 PM
Post a Comment