Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, YB Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Wisma Darul Aman, hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara dua negeri dalam bidang dakwah, penerangan, dan pemerkasaan syariah. Dalam pertemuan itu, pelbagai isu dibincangkan seperti isu pemerkasaan undang-undang syariah di peringkat negeri dan isu penutupan premis judi. Disamping itu, turut dibicangkan program untuk memberikan kefahaman kepada rakyat tentang kehidupan bersyariat. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Ketibaan delegasi Negeri Terengganu disambut oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, YB. Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz; Mufti Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato' Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, YAA. Dato' Syeikh Haji Abd Rahman Haji Abdullah; Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Pegawai jabatan-jabatan di bawah portfolio YB. Dato' Exco. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/5/2024, 2:30:51 PM
Post a Comment