Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali turun meninjau kawasan hakisan tanah di Projek Perumahan Fasa 3 di Kulim Utama. Katanya, hujan lebat tanpa henti telah menghakis tanah di tapak projek sehingga menyebabkan banjir lumpur di kawasan perumahan itu. Maklumnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat pembersihan dan beberapa altenatif lain bagi menyekat aliran hakisan bila berlakunya hujan. Beliau menegaskan setiap pembangunan baharu yang akan dibina perlu membuat penelitian yang terperinci bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PBT Kulim, Abdul Halim Hassan yang menghubungi beliau menjelaskan keadaan sebenar. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik bagi memberi keselesaan kepada penduduk. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/21/2024, 10:37:54 AM
Post a Comment