Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Majlis Perasmian Penjanaan "Open-Cycle Gas Turbine, Nur Power & menyaksikan Majlis Perjanjian Pelaburan UEM Lestra SB dan Nur Power SB. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kerajaan Negeri akan terus menyokong dan mengukuhkan kerjasama ini dengan melaksanakan pelan "The Greater Kedah" dengan memanfaatkan seluruh potensi dan sumber yang ada. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Technologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman bin Abdullah; Ketua Setiausaha PETRA, Dato' Haji Mad Zaidu Mohd Karli; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Dato' Ir. Ts. Abdul Razib Dawood: Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA). #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 8/30/2024, 8:55:46 PM
Post a Comment