Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ANAK KEDAH PERLU BELAJAR BERSUNGGUH DEMI MASA DEPAN NEGERI KEDAH "Tidak kiralah kita ni siapa, ibubapa ka, guru atau pemimpin ka, apabila kita ini bertaqwa kepada Allah, Allah akan bagi jalan keluar untuknya. "Bukan setakat jalan keluar, Allah SWT janjikan pula akan akan memberikan rezeki daripada jalan yang tidak kita sangka-sangka," ujar ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Maktab Mahmud Alor Setar kali ke 45, semalam. Beliau menjelaskan kepada para waris tentang kepentingan menyokong anak-anak untuk terus belajar bersungguh-sungguh demi masa depan negeri Kedah. "Di negeri Kedah kita ada satu bahan yang baru sahaja timbul iaitu REE dan memerlukan pakar-pakar bagi memproses bahan tersebut. "Jadi kita mengharapkan anak-anak kita di Maktab Mahmud ni belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar untuk memproses bahan ini di negeri kita sendiri agar keuntungan keseluruhan diperoleh oleh negeri kita," ujarnya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian menjemput beliau merasmikan mesyuarat kali ini. Semoga mesyuarat ini menjadi satu medan muhasabah dan penambahbaikan untuk Maktab Mahmud Alor Setar. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/2/2024, 10:23:38 AM 

Tiada ulasan