Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Majlis Pelancaran Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2024. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi MD Nor di Dewan Seri Mentaloon hari ini. Bakti siswa merupakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan seramai 520 mahasiswa akan berkampung selama seminggu bersama keluarga angkat terpilih di 12 DUN yang telah ditetapkan. Dalam program yang sama, Menteri Besar turut melancarkan Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA). MINDA merupakan entiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mengumpulkan mahasiswa anak Kedah yang sedang belajar di universiti dalam atau luar negara. Pemberian 'mock cheque' turut diberikan kepada 13 DUN dan MINDA. Sumbangan mock cheque dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak RM50,000, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) RM20,000, Nichias FGS Sdn Bhd RM10,000, NT Rubber Seals Sdn Bhd RM5000. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Haji Khazali; Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah; Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah,Dato' Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Wira Haji Isahak Murat, Pengarah Nichias FGS Sdn Bhd, Mohamed Feroz Mumtaz, Pengurus Kanan NT Rubber Seals Sdn Bhd, Jaafar Seleman, barisan ADUN dan Ahli Parlimen Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 8/11/2024, 8:30:14 PM
Post a Comment