PUISI JADI TARIKAN TMK 2025
PUISI JADI TARIKAN TMK 2025 ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengajak para penyair, penyajak dan pemuisi untuk menjadi salah satu tarikan pelancong dalam Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025. Katanya, puisi bukan sahaja karya seni yang mengasyikkan tetapi juga merupakan cermin kepada jiwa dan semangat zaman yang mampu memberi kelainan kepada pelancong. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penutup Kedah Bergema Puisi Kemerdekaan 2024 yang berlangsung di Ampang Business Central (ABC), Alor Setar, di sini, hari ini. Beliau yang juga merupakan ADUN Kubang Rotan berkata, hubungan akrab antara penyair dengan patriotisme dan nasionalisme menjadi antara sebab kenapa program 'Kedah Bergema Puisi Kemerdekaan 2024' pada petang ini wajar dialu-alukan. "Dan saya terfikir, alangkah baiknya jika program seperti ini diperbanyakkan. Kalaupun bukan sebagai menu mingguan, sekurang-kurangnya sebagai sajian bulanan. "Dengan tema yang boleh ditetapkan mengikut kesesuaian masa, dengan komitmen setiap para pecintanya dengan kerajinan menganjurkkannya bukan mustahil Kedah mampu berdiri sebagai pentas puisi terulung di negara ini," jelas Saidin lagi. Beliau juga meletakkan harapan tinggi agar cabang seni di Kedah ini berkembang sehingga dikenali pelusuk dunia. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/24/2024, 6:03:38 PM
Post a Comment