Sayu dan terkedu pihak PKWR Bukit Lada apabila kunjungan mereka menyampaikan sumbangan kerusi roda disambut dengan esakan tangis...
Sayu dan terkedu pihak PKWR Bukit Lada apabila kunjungan mereka menyampaikan sumbangan kerusi roda disambut dengan esakan tangis mak cik Noraini Ahmad. Beliau berkata, "alhamdulillah ada juga orang yang ingat pada kami ni, ambil perhatian pada kami ini, terima kasih banyaklah sudi bagi kerusi roda ni pada kami," Mak cik Noraini Ahmad yang berusia 45 tahun mengidap penyakit strok dan terkini tidak boleh berjalan. Awal tahun lalu, Puan Noraini Idris selaku Pegawai Hal Ehwal Wanita PKWR Bukit Lada telah menziarahinya namun ketika itu masih mampu berjalan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/7/2024, 5:30:16 PM
Post a Comment