SPIK BERI NAFAS BAHARU PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KEDAH
SPIK BERI NAFAS BAHARU PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI KEDAH ALOR SETAR – Kerajaan negeri melalui Pejabat Exco Pembangunan Insan menubuhkan Sekretariat Pembangunan Insan Kedah (SPIK) pada Julai yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, ketika ini SPIK diletakkan di bawah tanggungjawabnya untuk menyelia dengan bantuan dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN). "Sekretariat Pembangunan Insan Kedah (SPIK) merupakan sebuah badan atau unit yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan insan bagi rakyat negeri Kedah. "Tujuan utama SPIK adalah untuk membangunkan modal insan yang berdaya saing, berilmu, berakhlak, dan mempunyai nilai-nilai murni melalui pelbagai program dan aktiviti yang diselaraskan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pertanyaan mulut di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Kedua Penggal Kedua di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Beliau turut memaklumkan, SPIK berfungsi sebagai sekretariat yang menguruskan segala hal berkaitan pembangunan insan di Kedah. "Sekretariat ini memainkan peranan penting dalam memastikan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dapat direalisasikan melalui pelbagai program dan inisiatif," jelas beliau. #SidangDunKedah #thegreaterkedah #experiencekedah -UPDA 8/25/2024, 6:48:58 PM
Post a Comment