TUKUN TIRUAN BAHARU PERKAYAKAN EKOSISTEM MARIN KEDAH
TUKUN TIRUAN BAHARU PERKAYAKAN EKOSISTEM MARIN KEDAH KUALA KEDAH: Perikanan Negeri Kedah melabuhkan empat belas unit tukun tiruan di perairan Pulau Payar dalam usaha untuk meningkatkan ekosistem marin dan hasil perikanan Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata pelabuhan tukun tiruan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memelihara dan menstabilkan populasi ikan di kawasan berkenaan. Penambahan 14 tukun tiruan itu menurut beliau menjadikan jumlah keseluruhan tukun tiruan di perairan negeri Kedah kini mencecah 567 unit dengan kos RM10,139,597. Jelas beliau, pelabuhan tukun itu akan melindungi ekosistem marin Kedah dan meningkatkan pendapatan nelayan tempatan. "Dengan adanya tukun-tukun ini, kita dapat melindungi sumber perikanan kita daripada ancaman aktiviti pukat tunda yang merosakkan. "Pelbagai spesies ikan komersial seperti kerapu, merah, jenahak, dan pari dijangka menjadikan kawasan ini sebagai habitat baharu mereka kerana tukun tiruan yang ditanam," kata Dzowahir. Komuniti nelayan tempatan juga menurut beliau dijangka akan mendapat manfaat yang besar daripada kesan 'spill over' daripada habitat tukun tiruan yang akan membentuk ekosistem yang lebih seimbang dan subur. Struktur tukun tiruan itu juga akan menjadi tempat tinggal bagi hidupan marin lain serta mewujudkan keseimbangan dalam ekosistem. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/18/2024, 9:52:27 AM
Post a Comment