ANUGERAH TOKOH IMAM SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH 1446H/2024M
Tuan Haji Ismail bin Jaafar telah dipilih sebagai Tokoh Imam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1446H/2024M.
Beliau dilahirkan pada 4 Ogos 1939 di Kg. Sungai Durian, Mukim Gajah Mati Derah Pokok Sena, Kedah. Di usia muda lagi, beliau aktif dengan aktiviti komuniti dan keagamaan dan dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang pendidikan, beliau mula menabur jasa sebagai guru sebaik sahaja mendapat tawaran sebagai guru pelatih pada 1956.
Berikut merupakan senarai kerjaya dan anugerah yang telah diterima:
▪Guru Penolong Kanan SK Kuala Nerang - 1985-1991
▪Guru Besar SK Kuala Nerang - 1992-1994
▪Bersara pada 5 Ogos 1994 setelah 38 tahun berkhidmat
▪Dilantik sebagai Imam pertama pada 23 Ogos 1996 Masjid Pokok Sena
▪Terlibat dalam dunia dakwah dalam dan luar negara bermula tahun 1980 sehingga kini
▪Kini, di usia 85 tahun beliau merupakan Imam Masjid An-nur Pokok Sena semenjak tahun 1996
ANUGERAH:
▪Anugerah Pemimpin Masyarakat - 1980
▪Pingat Pemimpin Pengakap - 1992
▪Penerima Tauliah "Manik Kayu" Pengakap Negeri Kedah - 1992
▪Pingat Jasa Kebaktian P.J.K - 2008
▪Tokoh Guru Peringkat Daerah Pokok Sena - 2006
▪Tokoh Guru Peringkat Daerah Kota Setar - 2019
▪Pingat Tokoh Pengakap sempena 100 Tahun Pengakap Negeri Kedah - 2023
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Ismaill bin Jaafar.
"Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua"
#UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman
Post a Comment