Header Ads

test

ANUGERAH TOKOH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KEDAH 1446H/2024M



Allahyarham Mohd Azraai Khor bin Abdullah telah dipilih sebagai Tokoh Khas sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1446H/2024M. Nama asal beliau ialah Khor Sek Leng dan telah memeluk Islam pada tahun 2001.  

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1952 di Kg. Nawa, Mukim Lesong, Pokok Sena, Kedah. Beliau mula berminat dengan sukan bola sepak ketika berusia 17 tahun. Sehinggalah bergelar pemain bolasepak professional mewakili Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman.  

Berikut merupakan senarai kerjaya dan anugerah yang telah diterima:   

▪Bertugas di TNB Daerah Kulim  

▪Mendapat lesen jurulatih kelas A pada tahun 1990 

▪Melatih skuad Kedah Darul Aman di mana ketika itu beliau masih berhidmat di TNB Kulim - 2004  

▪Membawa pasukan Kedah memenangi kejayaan Double Treble 2007 dan 2008 

▪Mengendalikan pasukan Harimau Muda A - 2010 

▪Pernah mengendalikan pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan 

▪Dinobatkan sebagai Malaysian Favourite Coach (100-plus FAM National Football Awards) - 2007 

▪Malaysian Best Coach - 2008  

SUMBANGAN TERHADAP NEGERI EKDAH: 

▪Naib Juara Piala Malaysia - 2004 

▪Naib Juara Kumpulan A Liga Premier - 2005 

▪Juara Liga premier - 2006 

▪Juara Treble (Juara Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia) - 2007 

▪Juara Treble (Juara Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia) - 2008  

▪Mewujudkan Rawa One Stop Centre sebagai pusat pembangunan bola sepak negeri  

▪Memperkenalkan Klinik bola sepak, antaranya Mini Football  

Beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 72 tahun sebagai lagenda Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman. 

"Kedah Sejahtera, Nikmat untuk semua"   

   #UPDA#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan