APLIKASI AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM MEMBANGUN NEGERI YANG SEJAHTER
ALOR SETAR - Demi memastikan keharmonian dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman, semua pihak perlu menjadikan setiap tingkah laku dan akhlak Nabi Muhammad SAW dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1446 Hijrah bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Menurut Raja Muda Kedah, tanpa sifat kebersamaan dan perpaduan, amat sukar membina kekuatan dan perpaduan di kalangan umat Islam khususnya di negeri Kedah Darul Aman ini.
"Contoh ketabahan dan kecekalan Baginda dalam menghadapi pelbagai halangan perlu dijadikan inspirasi dalam kehidupan kita setiap hari terutama ketika kita menghadapi dugaan dan cabaran dalam urusan seharian.
"Kemuncak kepada usaha dakwah Rasulullah SAW ialah dengan terbinanya sebuah kerajaan Islam menerusi penghijrahan Baginda dan para sahabat ke kota Madinah," titah Baginda.
Titah Baginda lagi, catatan sejarah Islam membuktikan bahawa berkembangnya kota Madinah menjadi sebuah empayar Islam adalah setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan, disamping usaha yang berterusan.
Baginda menjelaskan, satu kesatuan masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum etnik dan agama telah berjaya dibentuk menerusi formula sosial, politik dan ekonomi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment