𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐣𝐢 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫
𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐣𝐢 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐫 LRA Bukit Pinang Fasa 1 yang terkesan dengan insiden banjir mula beroperasi pada kapasiti penuh sejak jam 11.30 pagi tadi manakala LRA Jenun Lama yang terkesan akibat kebocoran sistem paip pengepaman utama semalam telah pulih sepenuhnya dan sudah mula beroperasi pada kadar maksimum sejak jam 2.30 petang tadi. SADA sentiasa melakukan pemantauan rapi dengan lebih kerap di LRA yang terkesan bagi memastikan tiada sebarang masalah berlaku pada sistem pemprosesan air terawat yang boleh mengganggu keseluruhan proses pemulihan gangguan bekalan air. Para pengguna yang terkesan dengan gangguan ini akan menerima bekalan air secara berperingkat bergantung kepada jarak lokasi premis dan tekanan air pada sistem agihan. SADA menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. SADA komited dalam memastikan gangguan bekalan air ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sumber: Syarikat Air Darul Aman (SADA) -UPDA 9/20/2024, 8:53:08 PM
Post a Comment