Header Ads

test

GERAK KERJA SECARA BERSEPADU, BANJIR DI KEDAH TERKAWAL




POKOK SENA - Khidmat Malaysia bergerak secara bersepadu bersama Jabatan Amal, seluruh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan seluruh agensi di peringkat kerajaan negeri dan daerah dalam misi membantu mangsa banjir dan ribut di Kedah.

Penaung Khidmat Malaysia Negeri Kedah, YB Dato' Ustaz Ahmad Yahya berkata, tiga peringkat gerak kerja yang dilaksanakan oleh Khidmat Malaysia adalah operasi menyelamat, proses untuk melaksanaakan bantuan khususnya ketika banjir dan fasa pemulihan.

“Dengan gerak kerja secara bersepadu, suasana banjir di kedah ini terkawal.

“Cuma keadaan banjir sukar dijangka kerana taburan hujang tidak menentu. Ada kawasan mula surut dan ada kawasan air meningkat,” ujarnya dalam Sidang Media Khidmat Malaysia Banjir Kedah 2024 bertempat di Bilik Operasi Kawasan Pokok Sena, pagi ini.

Menurut beliau setakat pagi ini, seramai 9,058 mangsa banjir yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan sementara melibatkan 2,962 keluarga daripada lima  buah daerah.

Tambahnya, bagi kawasan air yang sudah mula surut, mangsa banjir sudah pulang ke rumah dan operasi menbersihkan rumah sudah dilakukan oleh sukarelawan Khidmat Malaysia bermula hari Jumaat lalu.

“Setakat ini, sukarelawan Khidmat Malaysia  melebihi 200 orang dan lebih 60 buah rumah sudah dibersihkan.

“Rumah yang terpilih diutamakan kepada warga emas dan orang yang lebih memerlukan.

Jelas beliau lagi, Khidmat Malaysia turut membuka Dapur Rakyat untuk menyediakan makanan di tiga DUN iaitu Pokok Sena, Anak Bukit dan Pendang.

Katanya, rakyat negeri Kedah yang terlibat dengan banjir amat bersyukur dengan pengumuman daripada kerajaan negeri berkenaan sumbangan sebanyak RM1000 kepada mangsa banjir.

Beliau turut membuka ruang sebarang bentuk sumbangan dalam bentuk kewangan, barang keperluan asas dan tenaga sukarelawan di seluruh negera untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan