Header Ads

test

ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab





ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab turun meninjau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Convent bersama MKK Derga, Penghulu Alor Malai, En. Huzaimi, dan juga Pegawai Daerah Kota Setar. 

Beliau hadir menyantuni mangsa banjir di samping memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sini dijaga dengan baik. 

Keadaan di PPS SK Convent berjalan lancar, dengan bantuan yang disalurkan kepada mereka dalam bentuk makanan dan juga tempat tidur.  

Kerjasama daripada semua pihak, termasuk MKK Derga dan Penghulu sangat dihargai dalam memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.  

Beliau berharap keadaan akan kembali pulih secepat mungkin. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan