KEDAH SASAR 15 PINGAT EMAS TEMASYA PARA SUKMA SARAWAK
ALOR SETAR - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah menyasarkan sebanyak 15 pingat emas, 17 pingat perak dan 16 pingat gangsa sempena PARA Sukan Malaysia
(SUKMA) XXI Sarawak 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din berkata, sasaran ini dilihat signifikan setelah melihat pencapaian para atlet menyertai sirkit-sirkit kejohanan sepanjang tahun ini.
“Kontinjen Kedah akan mengambil bahagian dalam enam daripada sepuluh jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Memanah, Olahraga, Badminton, Powerlifting, Renang dan Tenpin Bowling.
“Dengan semangat atlet-atlet SUKMA yang telah mecapai sasaran 10 terbaik dengan pungutan 21 Emas, diharap atlet PARA SUKMA juga dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Kedah Sempena PARA SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini hari ini.
Jelas beliau, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan cakna dengan perkembangan atlet PARA SUKMA negeri Kedah yang sememangnya anak jati negeri dan berjuang demi Kedah.
Menurut beliau pada tahun hadapan, kerajaan negeri akan meningkatkan pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) setara dengan pembangunan sukan-sukan yang lain.
Beliau menasihatkan kepada kontinjen dengan kekuatan seramai 73 orang atlet dan 36 orang pegawai ke PARA SUKMA agar menyemai jati diri dan semangat cintakan negeri Kedah dalam diri masing-masing.
“Saya amat berharap agar semua pasukan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik yang disertai oleh kontijen PARA SUKMA Kedah kali ini.
“Paling penting, semua pasukan harus menanamkan azam dan tekad yang tinggi, disamping mengatur strategi pasukan dengan baik.
“Dengan persediaan serta strategi yang telah diatur, sudah pasti ia dapat diterjemahkan dengan baik melalui keputusan yang cemerlang digelanggang pertandingan nanti,” kata beliau.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment