Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Jumlah terkini mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementera SK Bukit Hijau, Derang mencecah 300 orang mangsa melibatkan 60 keluarga. ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood hadir menyantuni mangsa bersama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Dato' Zulkhairi Zainol Abidin. Turut bersama Khidmat Malaysia Cawangan Pokok Sena menyampaikan katil kepada pesakit yang memerlukan. Ustaz Salim merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi yang bertungkus lumus menyediakan tempat untuk mangsa-mangsa banjir. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/18/2024, 1:59:07 PM
Post a Comment