Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan awal Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rum...
Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan awal Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Penyelarasan bantuan adalah melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terbabit. Selain itu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut diberikan sebanyak RM1,000. Bantuan ini akan disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Kedah kepada semua KIR yang berpindah ke PPS. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #bantuankomunitisejahtera #nadma -UPDA 9/19/2024, 8:30:35 PM
Post a Comment