Kesungguhan dan integriti yang ditunjukkan oleh pemimpin serta pegawai tadbir kerajaan negeri merupakan faktor penting yang memb...
Kesungguhan dan integriti yang ditunjukkan oleh pemimpin serta pegawai tadbir kerajaan negeri merupakan faktor penting yang memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di Kedah. Kerajaan Negeri turut berharap agar Kerajaan Pusat meluluskan projek Kedah Aerotropolis yang menjadi langkah strategik dalam membangunkan ekonomi rakyat dan menjadikan Kedah sebagai hab kargo serantau. Di samping itu, konsep federalisme yang menjadi asas hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu sentiasa dihormati. Kedua-dua pihak harus saling melengkapi serta bekerjasama tanpa dipengaruhi oleh perbezaan politik demi memastikan pembangunan negeri dan negara dapat diteruskan dengan lebih berkesan. #TheGreaterKedah #ExperienceKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/8/2024, 1:13:53 PM
Post a Comment