Header Ads

test

Majlis Ketua Kampung (MKK) Derga bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Derga

 



Majlis Ketua Kampung (MKK) Derga bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Derga menjalankan misi bantuan dengan mengedarkan makanan kepada penduduk Kampung Kubang Buaya yang terkesan akibat banjir, semalam. 

Menurut ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab, walaupun mereka tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penduduk masih memerlukan bantuan, terutama dalam mendapatkan bekalan makanan.  

Agihan makanan ini dijalankan bagi meringankan beban keluarga yang memilih untuk tinggal di rumah mereka sendiri.   

Inisiatif ini disambut baik oleh penduduk kampung dan mereka mengucapkan yang berterima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan.   

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan