Temasya Oghang Kedah 2024
Segala persiapan telah dibuat bagi memastikan pesta berasaskan seni budaya Kedah yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri itu berjalan lancar dan mencapai sasaran kemeriahannya.
Walau bagaimanapun,
Temasya Oghang Kedah 2024 terpaksa ditangguhkan bagi memberi fokus dan tumpuan untuk membantu mangsa banjir di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur Temasya Oghang Kedah 2024 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, hari ini.
Setelah berbincang panjang dan menilai situasi dari setiap sudut, keputusan sebulat suara dicapai untuk menangguhkan program itu ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Pihak jawatankuasa penganjur memohon jutaan kemaafan sekiranya keputusan ini menimbulkan sebarang kesulitan bagi pihak-pihak yang terlibat dengan Temasya Oghang Kedah 2024.
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment