Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan


 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Kebangsaan (JPKK) Bil 1/2024.  

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing berlangsung di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Putrajaya, semalam.  

Di antara initipati mesyuarat tersebut berkaitan pelaksanaan Malaysia My Second Home (MM2H) serta perbentangan pelaksanaan program sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan setiap negeri. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Khairul Firdaus Akhbar Khan; Ketua Menteri Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kementerian, Dato Roslan Tan Sri Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato' Shaharuddin Abu Sohot; Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan (Tourism Malaysia), Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy; EXCO-EXCO Kerajaan Negeri; Ketua-ketua Jabatan dan agensi di bawah MOTAC. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan