Header Ads

test

KARNIVAL MAIREKA@KEDAH 2024: TRANSFORMASI GOLONGAN MUDA MENJADI PENCIPTA DIGITAL



 

KULIM – Kerajaan negeri yakin karnival #mydigitalmaker mampu melahirkan lebih ramai pereka cipta yang memenuhi kehendak industri teknologi digital khususnya dikalangan rakyat Kedah. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, #mydigitalmaker atau dikenali Maireka digarap untuk mentransformasi golongan muda dan pelajar sekolah daripada menjadi pengguna digital kepada pencipta digital. 

“Kerajaan negeri melalui Pelan Pembangunan Kedah 2035 atau lebih dikenali sebagai “Kedah2035” telah mengenalpasti ‘Keseimbangan Modal Insan dan Bakat’ sebagai salah satu teras utama dalam meningkatkan kecemerlangan modal insan agar relevan dengan permintaan industri semasa dan masa hadapan. 

“Teras ini juga turut dinyatakan secara jelas di kerangka Greater Kedah bagi memperkasakan pembangunan modal insan secara khasnya,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Karnival Maireka@Kedah 2024 yang berlangsung di Atrium KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park, di sini, hari ini. 

Dato’ Azam berkata, penganjuran karnival ini bertepatan dalam membantu anak muda memperoleh segala kepakaran, pengalaman serta pengetahuan yang meluas dalam bidang teknologi digital dan multimedia kreatif. 

“Program seumpama ini turut membuka ruang kepada pelajar, warga pendidik dan komuniti pendidikan untuk melontarkan idea-idea yang membina dan bernas, yang boleh diangkat sebagai cadangan penambahbaikan yang berterusan khususnya berkaitan teknologi digital,” jelas beliau lagi. 

Dalam perkembangan yang sama, beliau memperkenalkan Kedah Digital Centre (KDC) selaku Pusat Latihan Digital Negeri di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri. 

“KDC mempunyai dua pusat latihan iaitu sebuah di bangunan UTC di Alor Setar dan sebuah lagi di bangunan ini iaitu KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park.  

“Antara kemudahan yang terdapat di KDC adalah kelengkapan latihan seperti ‘desktop’, ‘notebook’, pencetak 3D, drone, peralatan microbit, adruino dengan menawarkan tidak kurang tiga puluh (30) modul latihan yang ditawarkan,” tambah Dato’ Azam. 

Beliau mengharapkan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang Karnival Maireka@Kedah 2024 ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan digunakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. 


Bagi Zon Utara, negeri Kedah dipilih bagi pelaksanaan ‘movements’ #mydigitalmaker ini bermula tahun 2021 sehinggalah sekarang. Dan tahun ini 2024 adalah tahun ke-4 penganjuran program ini.  


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#TheGreaterKedah

#ExperienceKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan